Sunday, October 30, 2011

Kahwin Awal vs Kahwin Lambat ?

hey readers ! malam malam ney tiba datang mood na menulis sebab semalam mimpi pasal benda di atas . iaitu KAHWIN . waa sangat gatalnya minda saya fikir mahu kahwin pula . ohh tidak ! selagi impian saya belum tercapai saya tidak akan kahwin ! tolong jangan paksa saya . ahaks ! * perasan sekejap kene kahwin paksa macam cerita dalam novel tu . terfikir na tulis sebab memikirkan sedara sedara saya yang macam macam kerenah untuk kahwin . paksu saya dah lepas . makcik sedara baru tunang haritu . umur die 24 kot . standard la kan umur tu tetapi pakcik sedara saya yang berumur 30-an masih belum berpunya . mungkin die ada masalah tertentu untuk mencari jodoh . nak je saya jadi agen mencari jodoh . muahahaha . satu lagi ! kawan saya yang tidak berapa rapat sudah berkahwin pada umur 19 tahun . sumpah sangat terkejut ! tetapi sudah jodoh dia maka kahwinlah dia bersama pasangannya yang berumur 25 tahun . comel je pasangan tu bersanding atas pelamin . haishhh bila lah aq na kahwin . haippp anis nasuha . behave sikit yee . 

bila kahwin awal ney yang besh die , bila anak dah besar boleh jadi kawan shopping sama seperti saya dan mak saya . saya tolong pilih baju dia . dia tolong pilih kasut saya . besh ohh ! dah kahwin awal ney so boleh buat apa sahaja dengan pasangan kita yang halal . pegang tangan dia pon dapat pahala . seronok bukan ? tetapi yang susahnya masing masing ada impian sendiri untuk berkerjaya . mungkin kene belajar sambil menjadi isteri/suami . ibu/bapa . susah jugak kan ? kalau pandai handle tapelah . Insyaallah kalau dah takdir kena terima lah kan . haishh sweetnye lahh !

kahwin lambat ney kebanyakannya sebab na cari aset sendiri dulu . na ada semua kelengkapan so nanti senang si isteri . yang perempuan pon kene cari aset sendiri jugak so kalau jadi apa apa kita ada back up . jyeahhh ! jangan terkena tipu helah lelaki sudahlah . jangan tuka nama hakmilik ! bahaya ohh . sekarang pon wanita dah berkerjaya . dah jarang dengar perempuan jadi surirumah tunggu suami balik kerja jaga anak . mungkin adalah sikit . dah kahwin lambat ney , anak pon dapat lambat . nanti dah tua tua pon kene hantar anak pergi sekolah lagi . nt org ingat hantar cucu pulak . tasukanya :(

 alahai sweetnyee ! ney yang jeles ney .

Jodoh kan Allah yang tentukan so saya sangat lah pasti bahawa setiap orang pasti ada jodoh masing masing . kadang kadang Allah saja je bagi kita orang yang salah sebab na kita sedar bahawa DIA yang tentukan jodoh kita maka kita kena ingat DIA selalu . saya sendiri dah lalui bermacam macam dugaan . yang agak berat jugak sampai menitis air mata setiap malam . haishhh . mesti ada hikmah die kan ? so kita kena redha . jodoh ta perlu dicari . dia akan datang sendiri tanpa anda sedar dan saya masih menunggu cinta yang IKHLAS ! :)

oke, nanti anis nasuha update lagi kalau die mimpi benda len pulak . muahahaha

No comments: